link href='http://dl4.glitter-graphics.net/pub/1235/1235454p3cdy4kgfv.gif' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>

KESIHATAN MATA

Petua Menjaga Kesihatan Mata

1. Setiap kali mandi atau berwudhuk (bagi muslim), pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali , biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit. Walaupun tiada kajian saintifik mengenai petua ni , tapi setelah mengamalkannya beberapa lama , alhamdulillah setakat ni mata saya belum rabun lagi biarpun berjam-jam di depan komputer.

2. Untuk menyegarkan mata yg letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata , ambil beberapa helai daun sirih muda , basuh bersih-bersih . Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika . Tapis airnya dgn kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku . Lepas tu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh, pd mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali . Insya Allah mujarab .Tapi yang ni leceh sikit sebab sekarang ni susah nak cari daun sirih.

3. Amalkan senaman utk mata anda . Bukan badan je perlukan senaman , mata pun perlu bersenam juga. Caranya :

a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda , kemudian beransur-ansur lihat pula objek yg lebih jauh , dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yg berdekatan anda . Ulang proses ini beberapa kali sampai anda naik bosan atau naik menyampah jangan sampai naik angin dah la ye . Dlm proses tadi sekiranya anda ternampak satu objek menarik(misalnya ada awek cun melintas) bolehlah fokuskan sekejap pd objek tu(kira senaman mata gak tu) , tapi jangan tengok lama-lama ye, berdosa hehe dan mata anda juga berisiko utk terkena lontaran objek-objek berbahaya .

b. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap , seterusnya ke atas , bawah dan tengah (sampai mata naik juling) , beransur-ansur lajukan proses ini .

c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dsb, sesungguhnya warna hijau itu menenangkan & merehatkan mata anda.

4. Amalkan makan makanan yg kaya dgn vitamin A & C- susu, sayur (terutama carrot & brokoli) dan buah2an ( terutama aprikot & anggur ) dsb.

5. Elakkan melihat benda-benda yg tak sepatutnya dilihat terutamanya di internet ni macam-macam bahan yg boleh merosakkan mata & minda , faham-faham sendirilah ye .

Panjng kn , mesti mls nk bc op ? Ha3 , penting nie rgi law xbc :D

ok. bye


xoxo

ALL COPYRIGHT RESERVERD BY FARAH